SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KAMUNTING
TAJUK : KETEGANGAN DALAM KALANGAN PELAJAR
OLEH : 1) NURUL IZZATI BINTI ABDULLAH (6A1)
2) SITI
MAISARAH BT MOHD SHUKOR (6A2)
3) NUR HANITA BINTI RAZAK (6A2)
4) NURUL SYUHADA BINTI ISMAIL (6A1)
NAMA PENYELIA : PUAN RISNAYATI BINTI HASHIM
SENARAI KANDUNGAN
|
Penghargaan
ALHAMDULILLAH.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana akhirnya dapat juga kami semua menyelesaikan
penyelidikan ini.Kami mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan dan
terima kasih kepada guru penyelia kami iaitu Puan Risnayati
Binti Hashim kerana tidak jemu-jemu
memberikan tunjuk ajar serta dorongan
kepada kami semua dalam menyiapkan kajian ini. Tidak ketinggalan
juga kami mengucapkan penghargaan
kepada semua kakitangan serta pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting
yang banyak menghulurkan bantuan
kepada kami selama ini.
Kepada semua guru yang banyak mencurahkan ilmu kepada kami
sepanjang melakukan kajian ini,
kami amat menyanjung tinggi budi tuan puan semua. Kemaafan kami pohon kerana tidak dapat menyebutkan
nama satu persatu di sini.Kami juga
ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pelajar
Tingkatan 6 yang telah banyak memberikan
kerjasama dan komitmen sepenuhnya untuk kami menjayakan penyelidikan ini.
Akhir sekali tidak ketinggalan juga kepada
individu-individu yang banyak menghulurkan nasihat dan dorongan kepada kami
semua sepanjang tempoh kajian iaitu sahabat-sahabat dan ahli keluarga kami.
Anggaplah kejayaan ini sebagai kejayaan kita bersama.
Senarai
Singkatan :
ABBM
: Alat Bahan Bantu Mengajar
SMKK
: Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting
SPM
: Sijil Pelajaran Malaysia
P
& P : Pengajaran dan Pembelajaran
1.Pengenalan
Ketegangan merupakan satu pengalaman atau
kejadian yang sering dialami oleh seseorang individu. Ketegangan boleh
mendatangkan gangguan ke atas pemikiran, perasaan dan aktiviti seharian.Lessard
(1998) mendapati bahawa ketegangan bukan sahaja dialami oleh orang dewasa,
malahan turut dialami oleh pelajar.Ini kerana sekolah merupakan persekitaran
unik yang seringkali
menuntut pelajar menyeimbangkan pelbagai peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan
oleh mereka. Sekiranya tidak berjaya, mereka akan mudah mengalami ketegangan. Justeru,
fenomena ketegangan dalam kalangan pelajar merupakan satu topik yang sering menjadi bahan
kajian kebanyakan pengkaji.Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang
pelajar mengalami ketegangan. Pelajar,misalnya amat mudah terdedah kepada
ketegangan disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka di sekolah (Towbes
dan Cohen, 1996).
Senario ini dapat dilihat apabila terdapat
sesetengah golongan pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik di
peringkat sekolah rendah tetapi tidak dapat mengekalkan pencapaian yang baik
pada peringkat sekolah menengah.Persaingan yang sengit dalam mengejar kecemerlangan
akademik telah memberikan tekanan yang tinggi kepada pelajar dalam
merealisasikan wawasan mereka.Selain itu, faktor seperti persekitaran,
persaingan kerjaya, hubungan interpersonal dan cara pemikiran pelajar juga
boleh menyumbang ketegangan kepada pelajar. Justeru,ketegangan masih tidak boleh
dipisahkan dengan kehidupan pelajar dalam kesibukan mereka menuntut ilmu dan memperolehi
pelbagai kemahiran.
Perbezaan ketegangan dalam kalangan
pelajar juga adalah berbeza. Terdapat pelajar yang berupaya berhadapan dengan
ketegangan tanpa mengalami apa-apa kesan fizikal, mental atau emosi yang negatif
serta boleh memotivasikan diri. Terdapat juga pelajar yang tidak berupaya menguruskan
ketegangan apabila berada dalam pengajian di sekolah.Ketegangan yang melebihi
pada tahap tertentu sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan pelbagai masalah
kepada setiap individu (Romas
dan Sharma, 2004). Kebiasaannya, ketegangan akan dialami dalam pelbagai keadaan seperti
rasa kesunyian, kurang tidur, keresahan, kebimbangan yang tinggi serta simptom-simptom
fisiologi yang ditunjukkan kesan daripada sesuatu peristiwa yang dialami (Wright, 1967).
Oleh yang demikian,ketegangan boleh menyebabkan kehidupan dan pergaulan
seharian
seseorang pelajar terjejas sehingga memberi impak negatif terhadap tahap
kesihatan, personaliti,
interaksi sosial dan pencapaian akademik mereka.
Menurut Campbell dan Svenson (1992),
apabila ketegangan dilihat dari aspek negatif atau tekanan yang terlalu tinggi,
ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian
akademik seseorang pelajar. Oleh kerana ketegangan dalam kalangan pelajar
merupakan satu fenomena yang membimbangkan pelbagai pihak sekiranya tidak
ditangani secara menyeluruh,maka adalah penting bagi mengenalpasti faktor-faktor
penyebab ketegangan pelajar terlebih dahulu sebelum sesuatu program intervensi
direka bentuk. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti
faktor penyebab ketegangan, tahap ketegangan serta strategi pengurusan
ketegangan yang biasanya digunakan oleh pelajar.
1.1)Latar Belakang Kajian
Hans Selye (1950) dalam Jamilah (2003)
telah mendefinisikan ketegangan sebagai “reaksi atau tindak balas badan yang
tidak spesifik terhadap permintaan atau keinginan” atau maklum balas yang tidak
khusus oleh mana-mana bahagian tubuh terhadap kewujudan sesuatu desakan.
Menurut Jerrold (2002),ketegangan boleh menyebabkan beberapa perubahan tingkah
laku dan tubuh badan seperti kesakitan fizikal, gangguan emosi dan psikologi
serta kemerosotan prestasi seseorang. Lessard (1998), mendapati ketegangan
bukan sahaja dialami oleh golongan dewasa, malahan turut dialami oleh pelajar
sekolah. Ini kerana sekolah merupakan satu tempat yang mempunyai persekitaran
unik yang sering kali menuntut pelajar mengimbangi pelbagai peranan dan tugas
yang perlu dilaksanakan. Sekiranya tidak berjaya, mereka akan merasa kecewa,
bimbang, putus asa dan mudah mengalami ketegangan terutamanya bagi pelajar.
Pelajar sekolah pada awal tahun pembelajaran, amat mudah terdedah kepada
ketegangan disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka di sekolah (Towbes
dan Cohen, 1996).
Tahap kebimbangan yang dihadapi oleh pelajar
berpunca dari pelbagai ketegangan iaitu berkaitan dengan jangkaan pencapaian
dalam akademik dan faktor sosial seperti membina dan mengekalkan hubungan
dengan seseorang (Fisher, 1993). Punca ketegangan dalam kalangan pelajar
dibahagikan kepada akademik, interpersonal, persekitaran, kewangan serta
perkara berhubung dengan kesihatan dan masa. Tahap ketegangan paling tinggi
dalam kalangan pelajar adalah semasa membuat persediaan untuk peperiksaan,
persaingan memperoleh gred yang baik serta perkara yang melibatkan pengurusan
masa. Terdapat perbezaan ketegangan dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan
(Misra dan McKean, 2000).
Kajian ketegangan dalam persekitaran
pembelajaran yang dijalankan oleh Deckro, et al. (2002), menunjukkan
bahawa ketegangan memberi kesan kepada pencapaian akademik, kekecewaan,
kesihatan fizikal dan idea untuk membunuh diri. Kesan negatif dari ketegangan
ini akan menghalang pelajar dari mencapai sasaran yang diingini. Pelajar yang
lemah dalam pelajaran mengalami ketegangan. Jika ketegangan tersebut tidak
ditangani, pelajar ini didapati akan memilih aktiviti yang salah dan akan lebih
kerap gagal berbanding pelajar lain (Brewster, 2001).
Azhar M. Zain (Berita Harian, 6 Mac
2002), menyatakan kira-kira 25 hingga 35 peratus pelajar di negara ini
mengalami tekanan perasaan akibat daripada bebanan pelajaran yang semakin
meningkat. Menurutnya lagi, sistem pendidikan yang mengutamakan kecemerlangan
dalam bidang akademik menyebabkan pelajar tidak mempunyai waktu untuk berehat
dan mengadakan aktiviti kegiatan yang lain. Manakala tekanan ibu bapa dan guru
mereka supaya menunjukkan prestasi cemerlang di sekolah menyebabkan pelajar
menghadapi tekanan dalam hidup mereka.
Mueller (1961) dalam Siti Aishah (2004),
mengatakan bahawa kehidupan remaja atau belia merupakan tempat yang penuh
dengan segala macam harapan dan cita-cita, di samping medan untuk mempelajari
sesuatu dengan cara yang lebih mendalam dan khusus. Sebagai seorang pelajar,
mereka tidak boleh lari dengan pelbagai masalah yang dihadapi. Keadaan ini juga
boleh berlaku disebabkan oleh keyakinan mereka terhadap diri sendiri kurang dan
mereka mudah berputus asa. Kajian ini menunjukkan bahawa bebanan kerja, rakan
baru, kerjasama dengan guru dan penyelia, pengajaran dan pengurusan serta
pertolongan merupakan punca utama pelajar mengalami ketegangan yang tinggi.
1.2)Pendekatan
Teori
Terdapat beberapa
model berkaitan ketegangan dan komitmen pelajar seperti Model Ketegangan Robbins
(1993), Model Ketegangan dalam Organisasi [Sekolah] (1980) dan Model Tahap
Ketegangan (Cohen dalam Riggio, 2000).
a) Model
Tahap Ketegangan (Cohen dalam Riggio, 2000).
Berdasarkan model
ini, dapat dilihat bahawa ketegangan mempunyai kaitan dengan prestasi pelajar. Tahap ketegangan yang rendah dan tinggi akan
menyebabkan prestasi yang rendah manakala tahap ketegangan yang sederhana akan
menghasilkan prestasi yang tinggi. Tahap ketegangan yang sederhana ini dikenali sebagai tahap
ketegangan yang optimum.Oleh itu, keadaan ketegangan yang terlalu tinggi dan
terlalu rendah perlu diperbaiki dan diuruskan agar ia menjadi tahap ketegangan
yang optimum. Ia akan memberi kesan yang positif kepada proses pembuatan
keputusan, motivasi, komunikasi, komitmen dan kepuasan pelajar.
b) Model Ketegangan dalam Organisasi
[Sekolah] (1980)
Matterson dan
Ivancevich (1980) telah mengemukakan sebuah model ketegangan yang dikenali sebagai Model Ketegangan Dalam Organisasi
[Sekolah].Model ini menggambarkan interaksi yang dinamik antara individu,
persekitaran organisasi(sekolah) dan persekitaran luar organisasi(sekolah).Dalam model ini,
faktor organisasi(sekolah)terdiri daripada faktor intrinsik,struktur dan kawalan
organisasi(sekolah),sistem ganjaran, sistem sumber manusia dan kepimpinan dalam
organisasi(sekolah).
Manakala faktor
luar organisasi(sekolah) adalah seperti masalah hubungan kekeluargaan, masalah
kewangan dan masalah kesihatan.Kedua-dua faktor ini merupakan punca kepada
berlakunya ketegangan. Moderator kepada tahap ketegangan pula terdiri daripada
persepsi, penilaian kognitif serta sifat-sifat individu. Hasil daripada
ketegangan yang dialami,pelajar mungkin mengalami tekanan terhadap mental,
denyutan jantung yang cepat (simptom fisiologi), sikap apathy(sikap
acuh tak acuh),
tidak bersemangat dan tidak puashati (simptom psikologi) serta kurang berupaya,
kurang tumpuan dan mudah marah (simptom tingkah laku). Akibat daripada simptom
yang dialami, pelajar akan menghadapi masalah kesihatan, prestasi yang merosot
dan burnout.
c) Model
Ketegangan Robbins
Walaupun
berhadapan dengan situasi yang sama, namun tahap ketegangan individu berbeza antara satu sama lain. Menurut Model Ketegangan
Robbins, perbezaan individu menjadi moderator kepada tahap ketegangan yang dialami.
Perbezaan ini termasuklah persepsi seseorang terhadap sesuatu situasi, pengalaman yang ada
padanya, sokongan sosial yang diperolehi, lokus kawalan seseorang, keyakinan diri dan
darjah perseteruan atau kemarahan seseorang.
Akibat daripada
ketegangan yang dialami, seseorang pelajar akan mengalami beberapa simptom yang dikategorikan kepada simptom fisiologi, simptom
psikologi dan simptom tingkah laku. Antara simptom fisiologi termasuklah sakit
kepala, tekanan darah tinggi dan sakit jantung manakala simptom psikologi termasuk
kebimbangan dan kemerosotan dalam kepuasan kerja. Selain itu, ketegangan juga
menyebabkan produktiviti pelajar merosot dan ketidakhadiran yang tinggi.
1.3)Pernyataan
Masalah
Sejajar dengan arus ekonomi Malaysia yang sedang membangun,
setiap elemen yang berkaitan dengan daya penggerak industri hari ini perlu
diambil kira terutama dari aspek kualiti dan komitmen tenaga kerja. Malaysia memerlukan
gabungan tenaga sumber manusia yang mempunyai komitmen tinggi, produktif,
progresif, berdaya saing, cekap dan cergas dalam meneruskan aktiviti bagi mencapai
matlamat untuk mencapai Wawasan 2020.
Era perkembangan teknologi yang pesat kini telah menganjak
suatu perubahan persekitaran dalam sekolah ke arah yang lebih berdaya saing.
Ini mengakibatkan, para pelajar turut menerima kesan dari segi keperluan untuk
meningkatkan kemahiran baru, masa belajar yang panjang, perubahan yang berterusan dan
kadang-kadang tuntutan pihak sekolah yang tidak realistik. Kesannya pelajar sekolah
terdedah kepada
banyak masalah yang mengakibatkan ketegangan. Ketegangan adalah sesuatu yang bukan asing bagi pelajar di
mana-mana sekolah. Fenomena ketegangan merupakan satu halangan kepada
produktiviti pelajar.Menurut Randolfi (1996), kesan daripada ketegangan yang
terlalu tinggi dalam kalangan pelajar mengakibatkan:
i. Kesan psikologi
seperti bimbang, bosan, rendah keyakinan diri, murung, marah,
pelupa dan rasa
bersalah.
ii. Kesan fizikal
seperti sakit kepala, diabetes, sakit belakang dan sebagainya.
iii. Kesan tingkah laku seperti hilang selera makan atau
kuat makan, merokok,
dan gangguan
emosi dan mental.
iv. Kesan buruk seperti ketidakhadiran, kemalangan,ponteng
sekolah, moral
yang rendah dan produktiviti yang semakin
berkurang.
Menurut Defrank dan Ivancevich (1998) serta Murphy (1998),
program pengurusan ketegangan dapat
membantu pelajar pada masa akan datang. Namun strategi menangani ketegangan
yang efektif dalam satu keadaan mungkin kurang sesuai digunakan dalam keadaan
yang lain. Ini adalah kerana strategi menangani ketegangan bergantung kepada
tahap ketegangan yang dihadapi oleh seseorang individu (Latack, 1986). Tambahan
pula, punca ketegangan seseorang dan keupayaan mereka menangani ketegangan
berbeza antara satu sama lain yang menyebabkan pelbagai strategi menangani
ketegangan digunakan (Burke dan Belcourt, 1994; Pearlin dan Schooler, 1978).
Maka kajian ini dilaksanakan bagi menjawab
dan menjelaskan beberapa persoalan dan kemusykilan. Antara persoalan yang
dititikberatkan di dalam kajian ini
ialah:
i. Apakah punca ketegangan dalam kalangan pelajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan
Kamunting?
ii. Apakah kesan ketegangan dalam kalangan pelajar di
Sekolah Menengah Kebangsaan
Kamunting?
iii. Apakah bentuk strategi menangani ketegangan dalam
pelajaran yang diamalkan oleh pelajar
di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kamunting?
iv. Adakah wujud hubungan antara punca ketegangan dengan
kesan ketegangan yang dialami
oleh pelajar di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting?
v. Apakah cara menangani ketegangan yang boleh dilakukan
oleh pelajar di Sekolah
Menengah
Kebangsaan Kamunting?
1.4)Tujuan
Kajian/Objektif Kajian
kKujian
ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut iaitu :
i. Mengenalpasti punca ketegangan yang dialami oleh pelajar
di Sekolah Menengah Kebangsaan
Kamunting.
ii. Meninjau bentuk strategi menangani ketegangan yang
diamalkan oleh pelajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan
Kamunting.
iii. Mengenalpasti faktor ketegangan yang paling
mempengaruhi pelajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan
Kamunting.
iv. Mengenalpasti perbezaan punca ketegangan berdasarkan
faktor demografi dalam kalangan
pelajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kamunting.
v.Mengenalpasti cara menangani ketegangan yang dialami oleh
pelajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan
Kamunting.
1.5)Kepentingan
Kajian
Penyelidikan ini bertujuan untuk membantu pihak pentadbiran
sekolah mengenalpasti fenomena ketegangan yang sebenarnya berlaku dalam
kalangan pelajar. Selain daripada itu, dapatan yang diperolehi juga bertujuan
untuk mendedahkan kepada pihak sekolah tentang kesan ketegangan ke atas
komitmen pelajar serta strategi menangani ketegangan yang diamalkan.
Maklumat ini penting kerana dengan memahami dan
mengenalpasti ketegangan yang dihadapi, maka proses pembelajaran dapat diurus,
diorganisasi dan diperbaiki agar menjadi lebih efektif di masa hadapan. Selain
itu, arahan tugas akan lebih berkesan dalam memastikan mereka benar-benar
menerima sesuatu arahan yang tepat bersesuaian dengan bidang pembelajaran
masing-masing dan bersedia dengan beban tugas yang diamanahkan.
Dalam masa yang sama,
kajian penyelidikan ini juga penting dan berguna kepada pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Kamunting sendiri. Hasil kajian ini akan membantu mereka menilai
diri dengan mengenal pasti tahap ketegangan yang dialami, strategi menangani
ketegangan yang diamalkan secara sedar mahupun tidak sedar serta tahap komitmen
yang dipamerkan dalam mengekalkan mutu akademik.
Dengan memahami diri dan persekitaran belajar, diharapkan
mereka mampu dan
boleh menyuarakan terus kepada pihak pentadbiran sekolah
tentang perubahan iklim belajar dan
proses belajar yang lebih baik dan berkesan yang diinginkan
di masa akan datang. Ia
sekaligus akan dapat mengurangkan permasalahan kemerosotan
kualiti belajar dikalangan
mereka.
1.6)Definisi
Konseptual dan Operasional
Dalam bahagian ini, dinyatakan definisi istilah bagi
pembolehubah- pembolehubah
kajian ini.
i. Ketegangan Belajar
Appley dan Trumbull
(1967) mendefinisikan ketegangan sebagai sesuatu yang mempengaruhi gerakbalas fisiologi dan tingkah laku terhadap
rangsangan yang tidak disukai. Ia melibatkan ketegangan sama ada secara fizikal
mahupun psikologikal. Cox (1978) pula menyatakan bahawa ketegangan adalah satu
fenomena yang wujud apabila seseorang menpunyai tanggapan bahawa tuntutan tugas
melampaui keupayaannya untuk melaksanakan tugas tersebut dengan jayanya.
Ketidakseimbangan dalam mekanisma ini
menyebabkan wujudnya pengalaman ketegangan yang mana diikuti
pula dengan gerakbalas ketegangan.
Ivancevich dan Matteson (1980) mendefinisikan
ketegangan sebagai tindak balas akibat daripada tindakan luaran, situasi atau peristiwa yang
membebankan fizikal atau psikologikal seseorang.Ketegangan adalah akibat
daripada ketidakpadanan antara kemahiran dan keupayaan individu dengan tuntutan
tugas dan persekitaran belajar.Dengan kata lain, pelajar yang tidak mempunyai
kelayakan untuk melaksanakan sesuatu tugas akan menghadapi tahap ketegangan
yang melampau (French et al., 1982).
Mengikut Griggs
(1985) ketegangan merupakan satu tindakbalas psikologi ke atas sesuatu yang tidak menyenangkan. Manakala Anthony et al. (1993)
mendefinisikan ketegangan sebagai interaksi antara individu dengan persekitaran yang
digambarkan oleh perubahan fizikal dan psikologi.
Menurut Riggio
(2000), kebanyakan ketegangan yang dialami oleh pelajar berpunca daripada
persekitaran belajar di sekolah.Beliau menegaskan punca ketegangan terbahagi
kepada dua iaitu beban tugasan dan peranan pelajar.Beban tugasan merujuk kepada
tuntutan fizikal dan psikologikal dalam melaksanakan kerja.Beban tugasan
melibatkan sama ada lebihan tugas (work overload) ataupun kekurangan tugas
(underload). Lebihan tugasan terjadi apabila kerja memerlukan output dan
konsentrasi yang tinggi tetapi perlu disiapkan dalam masa yang singkat. Lebihan
tugasan sememangnya boleh menyebabkan ketegangan. Begitu juga dengan kekurangan
tugasan seperti yang dibuktikan oleh French & Caplan, 1972 dalam Riggio,
2000. Kekurangan tugasan terjadi apabila pelajar merasakan tugasan yang
dilaksanakan tidak menggunakan ilmu, kemahiran atau keupayaan yang dimiliki
atau tugasan itu membosankan dan tidak berubah (Melamed, et al,, 1975 dalam Riggio,
2000).
Punca ketegangan
daripada peranan tugasan pula adalah akibat daripada ketidakjelasan tugasan,
konflik peranan, kawalan terhadap tugasan dan keadaan fizikal tempat
belajar.
Dalam kajian
ini,ketegangan yang dikaji merangkumi beban tugasan dan peranan pelajar. Namun, peranan pelajar yang dikaji hanya melibatkan
ketidakjelasan tugasan dan konflik peranan. Kawalan terhadap tugasan dan keadaan fizikal tempat
belajar tidak dikaji.
ii. Komitmen Pelajar
Menurut Whyte (1956) komitmen wujud apabila
seseorang pelajar berpuas hati untuk terus belajar, hadir ke sekolah secara
teratur dan berkongsi matlamat sekolah tersebut.
Porter et al.
(1974) pula mendefinisikan komitmen kepada sekolah sebagai darjah kekuatan
identifikasi dan penglibatan individu dalam sesebuah sekolah.Tiga ciri komitmen
ialah keyakinan yang kuat ke atas matlamat dan nilai sekolah,kesediaan dan
kesudian untuk menyumbangkan usaha kepada sekolah dan keinginan yang kuat untuk
mengekalkan prestasi yang baik demi sekolah.
Selain daripada
itu, Buchanan (1974) pula mendefinisikan komitmen sebagai identifikasi,
penglibatan dan kesetiaan pelajar terhadap sekolah.Identifikasi merujuk kepada
penerimaan pelajar terhadap matlamat dan nilai sesebuah sekolah. Penglibatan
pula bermaksud penglibatan secara psikologi dan fizikal pelajar dalam aktiviti
tugasnya. Manakala kesetiaan ialah satu perasaan, ikatan dan cinta kepada
sekolah.
Mowday, et al.
(1982), menyatakan komitmen sebagai ciri-ciri yang terdiri dari tiga hubungan
faktor iaitu kepercayaan yang kuat dan bersetuju dengan matlamat dan nilai
sesebuah sekolah, kesediaan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan
keinginan yang kuat untuk mengekalkan prestasinya demi sekolah.
Dalam kajian ini,
komitmen terhadap sekolah diukur berdasarkan tiga komponen iaitu identifikasi,
penglibatan pelajar dan kesetiaan. Identifikasi bermaksud rasa bangga dengan
sekolah dan menerima serta menghayati matlamat sekolah.Penglibatan pelajar pula
bermaksud rela untuk berusaha secara peribadi bagi kepentingan sekolah manakala
kesetiaan merujuk kepada rasa sayang dan cinta kepada sekolah serta keinginan
yang kuat untuk kekal berjaya demi sekolah yng dicintai.
iii. Strategi Menangani Ketegangan
Strategi menangani
ketegangan merujuk kepada langkah atau cara menghadapi ketegangan. Ia boleh meliputi tindak balas fizikal, psikologi dan mental
(Monat dan Lazarus, 1977). Strategi ini merupakan usaha untuk mengawal situasi yang
mengancam, memudaratkan atau mencabar. Strategi dilihat sebagai proses mengurus
reaksi emosi melalui pengunduran diri, perseteruan, tindakan agresif atau
penggabungan kumpulan (Kahn et al., 1964).
Dalam kajian ini, strategi menangani ketegangan dibahagikan
kepada tiga dimensi iaitu strategi mengawal ketegangan, strategi mengelak
ketegangan dan strategi mengurus simptom ketegangan.
a. Strategi mengawal
ketegangan
Strategi ini
merujuk kepada langkah yang diambil untuk memastikan ketegangan yang dialami tidak
mengganggu urusan seharian atau tugasan yang dilakukan. Strategi ini lebih menumpukan tindakan langsung keatas situasi yang menyebabkan
ketegangan. Contohnya, merancang tugasan mengikut keutamaan apabila menyedari beban
tugasan menyebabkan ketegangan.
b. Strategi mengelak ketegangan
Strategi ini
pula menjurus kepada tindakan melarikan diri daripada ketegangan yang dialami.
Ini bermaksud seseorang itu mengabai dan menjauhkan diri daripada punca
ketegangan tanpa menyelesaikannya. Sebagai contoh, meninggalkan terus
atau menjauhi tugasan yang perlu dilakukan apabila menyedari ia boleh
mendatangkan ketegangan.
c. Strategi mengurus
simptom ketegangan
Strategi
terakhir ini pula merujuk kepada tindakan mengurus simptom yang menyebabkan ketegangan. Sebagai contoh, apabila wujud
simpton mengalami ketegangan seperti pening kepala dan ketegangan saraf, maka
tindakan yang diambil ialah berehat, beriadah, mengambil ubat atau berbincang tentang masalah yang timbul
dengan orang lain.
1.7)Hipotesis Kajian
Hipotesis-hipotesis kajian adalah seperti berikut:
i. Terdapat perbezaan tahap ketegangan berdasarkan faktor
tempoh masa pembelajaran dalam
kalangan pelajar di
SMKK.
ii. Terdapat perbezaan tahap komitmen pelajar berdasarkan
faktor tempoh masa pembelajaran
dalam kalangan pelajar di SMKK.
iii.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketegangan
berlaku dalam kalangan peljar di
SMKK.
iv.Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ketegangan
dalam kalangan pelajar di
SMKK.
v.Terdapat kaitan antara punca dan kesan ketegangan yang
dialami oleh pelajar di SMKK.
2.Kajian Lepas
Terdapat kajian yang dilakukan bagi melihat punca-punca
ketegangan dalam kalangan pelajar sekolah. Misalnya Archer dan Lammin (1985)
mendapati punca ketegangan berkaitan akademik yang utama adalah mengikuti
ujian, persaingan mendapatkan gred yang baik, tuntutan masa,guru dan persekitaran
bilik darjah. Bagi punca ketegangan berkaitan peribadi pula adalah perhubungan
intim, konflik ibu bapa, masalah kewangan dan konflik interpersonal dengan
rakan.Abouserie (1994) juga mendapati peperiksaan dan keputusan peperiksaan
merupakan punca ketegangan yang paling utama diikuti dengan terlalu banyak
perkara yang perlu dipelajari untuk menghadapi peperiksaan,beban kerja yang
banyak, masalah kewangan, kekurangan masa bersama keluarga dan rakan.
Selain akademik, punca ketegangan utama dalam kalangan
pelajar adalah berkaitan dengan isu konflik dan bebanan diri manakala reaksi fisiologi dan emosi
pula kerap dialami oleh mereka semasa dalam keadaan ketegangan (Mahadir, Shazli Ezzat,
Normah dan Ponnusamy, 2004). Suriani dan Suraini (2005) dalam kajian mereka
dalam kalangan 94 orang pelajar mendapati sumber ketegangan adalah akademik,
guru, peribadi dan pihak sekolah dialami oleh lebih 70 peratus hingga 91
peratus manakala sumber ketegangan berkaitan aktiviti kokurikulum,rakan,
keluarga dan ibu bapa dialami oleh lebih kurang 60 peratus hingga 70 peratus pelajar.
Namun, didapati akademik merupakan punca ketegangan yang utama terutamanya
disebabkan terlalu banyak tugasan, tidak cukup masa untuk mengulangkaji,
mendapat markah yang lemah dalam ujian, sukar memahami subjek yang diajar,
tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru, menunggu keputusan
peperiksaan dan tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian kepada pelajaran.
Keadaan tertekan ini menimbulkan kecelaruan mental dan
fizikal seperti ketegangan, kebimbangan, kemurungan, sakit kepala dan sakit
perut (Hall and Torres, 2002; Jas Laile Suzana Jaafar, 1996) serta memberi
kesan terhadap pencapaian akademik (Plucker, 1997). Kecelaruan ini akan menjadi
lebih berat apabila ditambah dengan sumber-sumber ketegangan yang lain.
Justeru, remaja perlu diajar kemahiran berdaya tindak dan diberi sokongan
sosial terutamanya daripada ibu bapa, adikberadik,rakan dan saudara mara semasa
menghadapi sesuatu masalah supaya mereka terhindar daripada kesan-kesan yang
aversif (Jas Laile Suzana Jaafar, 1996; Plucker, 1997; Hall and Torres,2002).
Ball, Sharifah Muzlia dan Mosselle (1999a) dalam satu kajian
ke atas 392 orang pelajar Kolej Melayu yang berumur antara 17 hingga 20 tahun menunjukkan
pelajar yang terlibat dalam kajian mengakui tidak mampu menangani ketegangan yang dialami
secara berkesan. Simptom ketegangan yang signifikan dan paling kerap dilaporkan
seperti kemurungan, sakit kepala, insomnia, kesunyian,dan peningkatan dalam
jumlah aktiviti merokok. Kajian juga menunjukkan bahawa sumber ketegangan yang
paling berpengaruh ke atas ketegangan pelajar ialah konfrontasi harian sebagai
pelajar termasuk tugasan akademik,perasaan tidak yakin sama ada bidang yang
diambil dapat menjamin masa depan yang baik, dan konflik keluarga yang tidak
diselesaikan.
Beberapa kajian membuktikan terdapat hubungan yang
signifikan antara sumber ketegangan dengan ketegangan, gangguan psikologi dan
masalah pelajar (Abouserie, 1994; Diane and Misty, 1997;Bojuwoye, 2002;
Mahadir, Shazli Ezzat, Normah dan Ponnusamy, 2004; Najib, Che Su, Zarina dan
Suhanim, 2005; Najeemah, 2005). Misalnya Abouserie (1994) dalam kajiannya mendapati
aktiviti akademik seperti peperiksaan, terlalu banyak tugasan, kehendak diri
untuk mencapai keputusan yang terbaik dan melaksanakan projek kelas merupakan
punca utama ketegangan dalam kalangan pelajar. Kajian juga mendapati pelajar
yang mempunyai harga diri yang rendah juga menjadi penyebab kepada ketegangan
yang tinggi.
Selain aktiviti akademik, persekitaran pembelajaran juga
berkait dengan masalah pelajar. Bojuwoye (2002) dalam kajiannya ke atas pelajar-pelajar mendapati
pelajar mengalami ketegangan disebabkan oleh persekitaran fizikal tempat
belajar itu sendiri. Suriani dan Suraini (2005) juga mendapati tempat belajar merupakan
punca kedua utama ketegangan pelajar selepas sumber
ketegangan akademik. Keadaan bilik kuliah yang tidak selesa dan peraturan yang terlalu ketat antara
punca berlakunya ketegangan dalam kalangan pelajar.
Ketegangan yang dialami pelajar disebabkan oleh sumber
ketegangan yang dialami juga berkait dengan keputusan peperiksaan pelajar.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Najeemah (2005) mendapati terdapat hubungan
positif yang signifikan antara ketegangan minda, ketegangan fizikal, ketegangan
sosial, dan ketegangan secara keseluruhan dengan keputusan peperiksaan pelajar.
Ini bermakna semakin tinggi ketegangan yang dialami, semakin rendah atau
merosot keputusan peperiksaan pelajar.
Justeru, dalam usaha menangani ketegangan, setiap individu
akan menggunakan strategi daya tindak yang berbeza (Cox, 1978) (dlm. Sabitha
Marican dan Mahmood Nazar Mohamed, 1997). Namun demikian, setiap strategi daya
tindak itu mempunyai tahap keberkesanannya yang tersendiri. Strategi daya
tindak yang berkesan penting diaplikasikan oleh seseorang dalam mengawal
ketegangan yang dialami (Quick and Quick, 1984; Maturi, 1992) (dlm. Sabitha
Marican dan Mahmood Nazar Mohamed, 1997).
Mengikut Gans (1990) (dlm. Jas Laile Suzana Jaafar, 1996),
hampir separuh remaja dilaporkan
menghadapi kesukaran berdaya-tindak dengan situasi-situasi
menekan yang berlaku di sekolah dan rumah. Keadaan yang menekan ini termasuklah
perubahan yang besar dalam kehidupan (seperti ibu bapa bercerai, tukar sekolah,
seseorang yang penting dan disayangi dalam keluarga sakit atau meninggal
dunia), situasi-situasi yang menekan (seperti kemiskinan, kesempitan hidup,
cacat, konflik keluarga) dan tekanan-tekanan harian (peperiksaan, diusik atau
disindir kawan, bergaduh dengan adik-beradik atau ibu bapa).
Menurut Mc Cubbin dan Mc Cubbin (dlm. Plunckett, Radmacher
and Moll-Phanara, 2000), strategi daya tindak bermaksud usaha menggunakan tingkah
laku untuk menyelesaikan pelbagai tuntutan yang dihasilkan oleh punca ketegangan. Plunckett,
Radmacher dan Moll-Phanara melihat strategi daya tindak dalam kalangan pelajar
dari dua sudut utama iaitu daya tindak produktif dan daya tindak tidak
produktif. Daya tindak produktif diwakili oleh tindakan seperti mendapatkan sokongan
sosial, melibatkan diri dengan aktiviti kolej, meluahkan masalah, mendapatkan
nasihat, meningkatkan daya kerohanian, dan penyelesaian masalah. Sementara daya
tindak yang tidak produktif pula diwakili oleh tindakan meluahkan ketegangan
dengan cara yang tidak patut seperti menyalahkan orang lain, mencarut,
menjerit, menafikan masalah, pengelakan dan penyalahgunaan dadah. Charles dan
Michael (1994) pula berpendapat daya tindak terhadap ketegangan boleh dibahagikan
kepada problem-focused dan emotion-focused. Problem-focused merujuk kepada usaha daya tindak untuk
menghapuskan perkara atau situasi yang menggugat atau menghilangkan kesan
ketegangan manakala emotion-focused adalah usaha untuk mengurangkan
perasaan negatif yang meningkatkan respon terhadap ancaman.
Dalam kajian yang berkaitan aspek daya tindak pelajar dalam
menangani ketegangan hidup, Beasley, Thompson dan Davidson (2003) mendapati
kekuatan kognitif, cara berdaya tindak dan peristiwa hidup yang negatif
didapati memberi kesan secara langsung terhadap gangguan psikologi dan simptom
somatik dalam kalangan pelajar. Diane dan Misty (1997) pula mendapati bahawa
pelajar remaja lebih kerap manggunakan strategi daya tindak yang produktif
seperti pengawalan kognitif, istirahat dan alih perhatian berbanding dengan
daya tindak yang tidak produktif seperti penyalahgunaan dadah dan tingkah laku
agresif.
Strategi daya tindak perlu diaplikasi dengan bijak dan bersesuaian
dengan keadaan ketegangan yang dialami. Folkman dan Lazarus (1985) yang melihat
peperiksaan sebagai elemen ketegangan mendapati pelajar nyata berdaya tindak
secara berbeza dalam reaksi dan emosi mengikut fasa-fasa perubahan seperti
persediaan untuk peperiksaan, hari peperiksaan, keputusan dan tempoh berurusan
dengan dengan keputusan. Sementara Ball, Sharifah Muzlia dan Mosselle (1999b)
mendapati seramai 70 peratus daripada subjek mendapatkan pertolongan daripada
orang lain untuk membantu menangani masalah emosi mereka dan individu yang
selalu didekati seperti kumpulan rakan sebaya, keluarga dan kumpulan agama.
Justeru, pelajar perlu mengaplikasikan strategi daya tindak
dalam berdepan dengan situasi ketegangan yang dialami. Ini secara tidak
langsung boleh membantu mereka mengurus dan menangani ketegangan secara berkesan. Berdasarkan kenyataan
yang telah dikemukakan sebelum ini jelas mendapati bahawa wujud hubungan antara
sumber ketegangan dan ketegangan yang dialami pelajar.Selain itu, didapati
strategi daya tindak boleh bertindak sebagai perantara bagi hubungan antara
sumber ketegangan dan ketegangan yang dialami pelajar.
Kesimpulan
Berdasarkan kajian lepas,ketegangan merupakan satu fenomena
yang lazim dalam kalangan pelajar. Namun,ketegangan membawa kesan yang negatif
kepada pelajar jika tidak dikawal. Hasil kajian lepas menunjukkan ketegangan
mempunyai kaitan dengan prestasi tugasan, kepuasan tugasan dan komitmen pelajar
di sekolah.Di samping itu, kajian lepas turut menjelaskan bahawa terdapat
pelbagai strategi untuk mengurus ketegangan.
Model kajian lepas menunjukkan terdapat pelbagai strategi
menangani ketegangan (Greenhaus dan Parasuraman, 1986; Latack, 1986; Pines et
al., 1981). Namun kajian ini hanya memfokus kepada model yang dibangunkan oleh
Latack (1986) yang menumpu kepada strategi mengawal, strategi mengelak dan
strategi mengurus simptom bagi menangani ketegangan.
3.Metodologi
kajian
3.1)Pengenalan
Kajian ini bertujuan mengkaji
faktor-faktor yang membawa kepada ketegangan dalam kalangan pelajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kamunting. Bab ini mengemukakan metodologi kajian yang
meliputi reka bentuk kajian,alat kajian,skop dan had kajian,subjek kajian,prosedur/tatacara
kajian.
3.2)Rekabentuk
Kajian
Kajian
berbentuk tinjauan telah dilaksanakan dalam kajian ini di mana pengkaji
menggunakan satu
set soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden sebagai alat utama bagi
mengumpul maklumat
berkaitan tahap ketegangan, faktor penyebab ketegangan dan strategi pengurusan
ketegangan dalam kalangan pelajar. Oleh kerana populasi kajian adalah seramai
49 orang pelajar tingkatan 6 yang menyertai kajian ini,maka pengkaji telah
memilih kesemua responden dalam kajian ini. Kesemua responden kajian telah
dikenalpasti mempunyai pencapaian akademik iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) 3.00 dan ke bawah.
3.3)Alat Kajian
dan Kebolehpercayaan
Alat kajian yang digunakan adalah
berpandukan beberapa kajian lepas.Kajian-kajian lepas boleh dipercayai.
Faktor
penyebab ketegangan dalam kalangan pelajar seperti kognitif, interpersonal
(rakan sebaya, guru dan keluarga), persekitaran, akademik dan kesihatan. Bagi
faktor-faktor penyebab ketegangan yang dikaji dalam kajian ini adalah seperti
dalam Jadual 2. Ini adalah selaras dengan pandangan Mohd. Majid (1990).
Jadual
2: Faktor penyebab ketegangan pelajar
Faktor penyebab
ketegangan
|
Pemikiran
tidak rasional
|
Interpersonal
(rakan sebaya)
|
Interpersonal
(guru)
|
Interpersonal
(keluarga)
|
Persekitaran
|
Akademik
|
Kesihatan
|
Kajian ini bertumpu
kepada pelajar tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting sama ada
mereka menghadapi masalah ketegangan sepanjang pengajian mereka mengikut tempoh
yang telah ditetapkan. Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti kesan ketegangan, punca ketegangan, simptom-simptom yang timbul
dan langkah-langkah menangani ketegangan yang dialami oleh pelajar serta
perbezaan ketegangan di antara pelajar.
3.5)Subjek kajian
Seramai 49 orang
pelajar tingkatan 6 dijadikan responden kajian telah mengambil bahagian dalam
kajian ini. Daripada jumlah ini, seramai 18 orang (36.73%) pelajar lelaki
manakala seramai 31 orang (63.26%) pelajar perempuan. Julat umur pelajar yang
terlibat pula adalah antara 19 hingga 21 tahun. Responden terdiri daripada etnik
Melayu, Cina,dan India. Pelajar yang beragama Islam adalah seramai 47 orang
(95.92%), diikuti 1 orang (2.04%) beragama Hindu, 1 orang (2.04%) beragama
Buddha.
3.6)Prosedur/Tatacara Kajian
a.Punca Ketegangan
Menurut
Atkinson (1998), bebanan kerja terlalu banyak dalam masa yang singkat juga
boleh mengakibatkan ketegangan. Berdasarkan faktor akademik yang merupakan
penyebab tertinggi ketegangan, kebanyakan responden menyatakan berasa
ketegangan apabila bebanan tugas akademik terlalu banyak. Dapatan kajian ini
menyokong hasil kajian Nowak dan Marie (1999). Selain itu, arahan tugasan yang
kurang jelas, kesukaran mencari bahan rujukan di perpustakaan serta melakukan
banyak tugasan pada masa yang sama juga merupakan penyebab ketegangan di
kalangan responden dalam kajian ini.
Bagi faktor persekitaran pula sebagai
penyebab kedua tertinggi , kebanyakan responden berasa tegang apabila tidak
mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa pembelajaran serta
keadaan kelas yang agak sempit dan kurang selesa. Selain itu pelajar juga
sering terganggu dengan bau yang kurang menyenangkan yang datangnya dari kilang
berhampiran kawasan sekolah.Dapatan kajian ini disokong oleh Riggio (2001) yang
menekankan bahawa faktor persekitaran sesebuah organisasi boleh mendatangkan
masalah ketegangan kepada individu. Walaubagaimanapun, dapatan kajian ini
bertentangan dengan hasil kajian Ooi Yoon Phaik (2002) yang mendapati bahawa
faktor persekitaran sebagai penyumbang paling utama ketegangan pelajar berbanding faktor akademik.
Manakala, faktor penyebab ketegangan
yang lain ialah pemikiran tidak rasional di kalangan responden kajian. Ellis
(2002) menjelaskan bahawa seseorang individu berasa tertekan dan
bermasalah bukan disebabkan oleh peristiwa yang berlaku terhadapnya, tetapi disebabkan oleh
persepsi atau cara pemikiran yang negatif, tidak rasional serta tidak berasaskan
fakta yang tepat. Oleh itu, ketegangan adalah hasil daripada interaksi antara
punca ketegangan dengan persepsi individu serta reaksi terhadap punca
ketegangan tersebut (Romano, 1992). Antara contoh pemikiran tidak rasional
responden ialah berasa tegang apabila sukar menerima hakikat tidak dapat
melakukan sesuatu kerja dengan sempurna.Selain itu ,responden juga menganggap
kelemahan dalam sesuatu subjek adalah begitu teruk sekali (catastrophe)
dan responden menganggap kebolehan dan kemampuan pelajar lain dalam
pembelajaran adalah lebih baik daripada mereka. Pemikiran yang negatif ini sekiranya
tidak diatasi akan menyebabkan ketegangan dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap
pencapaian individu (Ellis, 2002).
Berdasarkan faktor interpersonal yang
melibatkan hubungan dengan rakan sebaya,guru
dan keluarga,
keputusan kajian telah menunjukkan bahawa hubungan dengan rakan sebaya didapati
lebih banyak menyumbang ketegangan di kalangan responden berbanding guru dan
keluarga. Dapatan ini kemungkinan disebabkan oleh kehidupan seharian responden
yang lebih banyak tertumpu bersama rakan sebaya bukan sahaja di dalam
kelas,bahkan di luar kelas. Malahan,ramai responden berasa ketegangan apabila
mempunyai konflik dengan rakan sebaya berbanding konflik dengan guru atau
keluarga. Antara contoh situasi yang boleh menyebabkan ketegangan kepada
responden ialah kesukaran menolak permintaan rakan sebaya walaupun berada dalam
kesibukan.Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa faktor akademik
merupakan penyebab utama ketegangan dalam kalangan pelajar.
b.Cara Menangani Ketegangan
Sebenarnya
pelbagai cara boleh dilakukan oleh pelajar dalam menghadapi atau dalam mengawal
tahap ketegangan yang mereka hadapi.Berikut ini terdapat beberapa cara atau
kaedah yang berkemungkinan boleh diaplikasi oleh para pelajar dalam menghadapi
ketegangan.Demi untuk meminimumkan kesan ketegangan tersebut terhadap mereka
dan langkah-langkahnya ialah:
1.Buatlah persiapan awal dalam menghadapi peperiksaan seperti menghabiskan sukatan pelajaran, mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi.
2.Pelajar mestilah mampu mengawal mental dan emosi kesan ketegangan tersebut agar tidak menjejaskan fokus pembelajaran mereka yang berkemungkinan boleh menyebabkan kesan negatif seperti kebuntuan, lupa, gementar yang keterlaluan dan sebagainya.Jika perlu mintalah nasihat kawan-kawan, guru-guru, kaunselor sekolah dan sebagainya.
3.Sekiranya pelajar mengalami tahap ketegangan yang teruk seperti menghadapi masalah sukar untuk tidur, tidak berselera untuk makan, fikiran tidak tenteram dan sebaginya akibat terlalu memikirkan masalah pembelajaran dan peperiksaan yang akan mereka hadapi maka cepat-cepatlah mengambil tindakan yang sepatutnya sebagaimana yang di nyatakan di atas.
4.Biasanya apabila tamat satu-satu kertas peperiksaan dan kebetulan pelajar tidak dapat menjawab dengan baik maka...janganlah terlalu memikirkannya agar tidak menjejaskan pemikiran dan kertas-kertas peperiksaan berikutnya.
5.Bagi memantapkan aspek kerohanian dan mentaliti pelajar dalam menghadapi peperiksaan maka ...ada baiknya memperbanyakkan DOA dan SEMBAHYANG untuk memohonan ketenangan dan ketajaman pemikiran dalam menghadapi peperiksaan.
6.Walaupun dalam menghadapi ketegangan pelajar dinasihatkan agar menjaga aspek pemakanan kerana kegagalan pelajar berbuat demikian berkemungkinan akan menambah kesan ketegangan tersebut kepada pelajar.
7.Pelajar juga diingatkan agar menjaga kesihatan,supaya kesan tersebut dapat diminimumkan.
8.Sekiranya pelajar menghadapi ketegangan yang teruk ketika belajar mahupun sewaktu menduduki peperiksaan, pelajar bolelah keluar sekejap (jika perlu) untuk mencuci muka, meminum air, dan sebagainya.
1.Buatlah persiapan awal dalam menghadapi peperiksaan seperti menghabiskan sukatan pelajaran, mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi.
2.Pelajar mestilah mampu mengawal mental dan emosi kesan ketegangan tersebut agar tidak menjejaskan fokus pembelajaran mereka yang berkemungkinan boleh menyebabkan kesan negatif seperti kebuntuan, lupa, gementar yang keterlaluan dan sebagainya.Jika perlu mintalah nasihat kawan-kawan, guru-guru, kaunselor sekolah dan sebagainya.
3.Sekiranya pelajar mengalami tahap ketegangan yang teruk seperti menghadapi masalah sukar untuk tidur, tidak berselera untuk makan, fikiran tidak tenteram dan sebaginya akibat terlalu memikirkan masalah pembelajaran dan peperiksaan yang akan mereka hadapi maka cepat-cepatlah mengambil tindakan yang sepatutnya sebagaimana yang di nyatakan di atas.
4.Biasanya apabila tamat satu-satu kertas peperiksaan dan kebetulan pelajar tidak dapat menjawab dengan baik maka...janganlah terlalu memikirkannya agar tidak menjejaskan pemikiran dan kertas-kertas peperiksaan berikutnya.
5.Bagi memantapkan aspek kerohanian dan mentaliti pelajar dalam menghadapi peperiksaan maka ...ada baiknya memperbanyakkan DOA dan SEMBAHYANG untuk memohonan ketenangan dan ketajaman pemikiran dalam menghadapi peperiksaan.
6.Walaupun dalam menghadapi ketegangan pelajar dinasihatkan agar menjaga aspek pemakanan kerana kegagalan pelajar berbuat demikian berkemungkinan akan menambah kesan ketegangan tersebut kepada pelajar.
7.Pelajar juga diingatkan agar menjaga kesihatan,supaya kesan tersebut dapat diminimumkan.
8.Sekiranya pelajar menghadapi ketegangan yang teruk ketika belajar mahupun sewaktu menduduki peperiksaan, pelajar bolelah keluar sekejap (jika perlu) untuk mencuci muka, meminum air, dan sebagainya.
4.Penganalisisan Data dan Keputusan
Kajian
4.1) Analisis Kajian
Persoalan Kajian 1 : Apakah punca ketegangan pelajar berdasarkan aspek-aspek
akademik, peribadi (hubungan interpersonal) dan persekitaran pembelajaran?
Punca-punca
dan Tahap Ketegangan
Dengan mengkaji kajian lepas punca
ketegangan dan tahap ketegangan diperolehi. Punca ketegangan ini terbahagi
kepada tiga faktor yang telah dikenal pasti iaitu faktor akademik
(pembelajaran), faktor peribadi (hubungan interpersonal) dan faktor
persekitaran pembelajaran.
Faktor Akademik
(Pembelajaran)
Terdapat 17 persoalan faktor akademik. Ini
menunjukkan bahawa punca ketegangan yang disebabkan oleh faktor akademik atau
pembelajaran berada pada tahap sederhana. Berdasarkan kajian yang di perolehi,
kebanyakan responden berada dalam keadaan tahap ketegangan yang sederhana di
mana responden tidak berasa terlalu tegang.
Melalui kajian, faktor akademik yang paling
tinggi menyumbang kepada ketegangan pelajar ialah disebabkan oleh jadual
peperiksaan yang terlalu padat. Kedua tertinggi adalah disebabkan oleh terlalu
banyak bab yang perlu diulang kaji untuk menghadapi kuiz/ujian/peperiksaan. Manakala
punca ketegangan paling rendah ialah disebabkan oleh Alat Bahan Bantu Mengajar
(ABBM) yang disediakan oleh guru tidak berfungsi dengan baik. Punca keseluruhan
dapatan kajian ditunjukkan dalam Jadual 5.
Jadual 5 : Punca Ketegangan (Akademik)
Item
|
Kenyataan
|
1.
|
ABBM yang disediakan oleh guru tidak berfungsi dengan baik.
|
2.
|
Kaedah pengajaran guru yang membosankan
|
3.
|
Tidak memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru
|
4.
|
Tidak dapat mengaitkan di antara teori dengan amali
|
5.
|
Tugasan / kerja yang
mencabar kebolehan pelajar
|
6.
|
Mempelajari sesuatu subjek
yang bukan minat pelajar
|
7.
|
Menghadirkan diri untuk
peperiksaan tanpa membuat persediaan yang cukup
|
8.
|
Kemudahan pembelajaran
yang tidak lengkap (buku rujukan, internet).
|
9.
|
Jumlah waktu kelas yang
padat
|
10.
|
Masa ulang kaji yang
terhad sebelum kuiz/ujian/peperiksaan
|
11.
|
Terlalu banyak bab yang
perlu diulang kaji untuk menghadapi kuiz / ujian / peperiksaan
|
12.
|
Jadual peperiksaan yang
terlalu padat
|
13.
|
Tidak mendapat bantuan
daripada guru dalam menyelesaikan tugasan.
|
14.
|
Tidak mendapat bantuan
daripada rakan dalam menyelesaikan tugasan.
|
15.
|
Tajuk tugasan yang tidak
sesuai dengan diri pelajar
|
16.
|
Bahan atau peralatan untuk
menjalankan tugasan sukar diperolehi
|
17.
|
Masa untuk membuat tugasan
terlalu terhad
|
Faktor Peribadi (Hubungan Interpersonal)
Hasil dapatan kajian dari 11 persoalan faktor
peribadi yang menyebabkan masalah ketegangan ini berlaku.Ini menunjukkan bahawa
punca ketegangan disebabkan faktor peribadi dalam kalangan responden berada
pada tahap yang sederhana. Melalui item yang diukur, faktor peribadi yang paling
tinggi menyumbang kepada ketegangan pelajar ialah kebimbangan tentang masa
depan. Kedua tertinggi adalah disebabkan menghadapi masalah menguruskan masa.
Manakala punca ketegangan paling rendah ialah disebabkan tidak mempunyai teman
belajar. Punca keseluruhan dapatan kajian ditunjukkan dalam Jadual 6.
Jadual 6 : Punca Ketegangan (Peribadi)
Item
|
Kenyataan
|
18.
|
Menghadapi krisis dengan
keluarga
|
19.
|
Harapan keluarga supaya
saya cemerlang dalam pelajaran
|
20.
|
Kesuntukan masa untuk
bersama keluarga dan rakan-rakan
|
21.
|
Masalah kewangan
|
22.
|
Konflik dengan guru
|
23.
|
Konflik dengan rakan
|
24.
|
Menghadapi masalah
menguruskan masa
|
25.
|
Tidak mempunyai teman
belajar
|
26.
|
Tekanan dan desakan dari
rakan-rakan
|
27.
|
Kebimbangan tentang masa
depan
|
28.
|
Kesihatan terganggu
|
Faktor
Persekitaran Pembelajaran
Hasil dapatan kajian dari 10 soalan
faktor persekitaran pembelajaran mendapati bahawa,tahap ketegangan pelajar
berada pada tahap yang sederhana. Melalui item yang diukur, faktor persekitaran
pembelajaran yang paling tinggi menyumbang kepada ketegangan pelajar ialah
disebabkan oleh pencemaran (bunyi, udara, air) di sekitar tempat belajar. Kedua
tertinggi adalah disebabkan oleh masalah pengangkutan ke sekolah. Manakala
punca ketegangan paling rendah ialah disebabkan oleh makanan yang disediakan di
kantin tidak memenuhi selera. Punca keseluruhan dapatan kajian ditunjukkan
dalam Jadual 7.
Jadual 7: Punca Ketegangan (Persekitaran Pembelajaran)
Item
|
Kenyataan
|
29.
|
Keadaan kelas yang tidak
teratur
|
30.
|
Keadaan koridor kelas yang
kotor
|
31.
|
Keadaan persekitaran kelas
atau makmal yang kurang selesa
|
32.
|
Bilangan pelajar di dalam
kelas saya terlalu ramai
|
33.
|
Pencemaran (bunyi, udara,
air)
|
34.
|
Jarak rumah dengan sekolah
jauh
|
35.
|
Keadaan di dalam kelas
yang tidak selesa (bising, ramai, kotor)
|
36.
|
Makanan yang disediakan di
kantin tidak memenuhi selera
|
37.
|
Masalah pengangkutan untuk
ke sekolah
|
38.
|
Peraturan sekolah yang
ketat
|
Rumusan
Punca Ketegangan
Punca
ketegangan di bahagikan kepada tiga faktor iaitu faktor akademik, peribadi
(hubungan interpersonal) dan persekitaran pembelajaran (Jadual 8). Faktor yang
paling tinggi menyumbang kepada ketegangan pelajar ialah disebabkan oleh faktor
peribadi diikuti dengan faktor persekitaran pembelajaran dan seterusnya faktor
akademik.Tetapi jika dilihat pada setiap item dalam faktor akademik, item yang
menyebabkan ketegangan yang tinggi iaitu item nombor 11, iaitu terlalu banyak
bab yang perlu diulang kaji untuk menghadapi kuiz/ ujian/ peperiksaan dan
penyebab yang paling tinggi ialah item nombor 12 iaitu jadual peperiksaan yang
terlalu padat.
Jadual 8 : Keseluruhan Punca Ketegangan
Item
|
Kenyataan
|
1.
|
Faktor Akademik
|
2.
|
Faktor Peribadi (Hubungan
Interpersonal)
|
3.
|
Faktor Persekitaran
Pembelajaran
|
Apakah simptom ketegangan yang dialami
oleh pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting?
Simptom Akibat Ketegangan
Daripada 20 simptom yang disenaraikan
dalam Jadual 9, simptom ketegangan yang selalu dialami oleh responden ialah
simptom letih atau tidak bermaya. Diikuti simptom kedua tertinggi iaitu simptom
pening. Simptom fikiran bercelaru merupakan simptom ketiga tertinggi.
Simptom-simptom lain yang selalu dialami oleh responden ialah panik, takut
gagal, gelisah,cepat marah, kemurungan, hilang tumpuan, sukar tidur, sedih,
bimbang yang keterlaluan, putus harapan, hilang selera makan, suka bersendirian,
sering mengelamun, mudah menangis, hubungan tidak baik dengan rakan, tidak
minat belajar, sakit perut, cirit-birit, sembelit, loya, kaki atau tangan
berpeluh dan simptom yang paling rendah di alami oleh responden ialah mimpi
ngeri.Simptom ketegangan yang dialami oleh responden ini, keseluruhannya berada
pada tahap sederhana. Ini mungkin disebabkan pelajar masih boleh mengawal
masalah ketegangan yang dihadapi dengan baik.
Jadual 9 : Simptom yang Dialami Akibat Ketegangan
Item
|
Kenyataan
|
1.
|
Pening
|
2.
|
Kaki atau tangan berpeluh
|
3.
|
Sakit perut, cirit-birit,
sembelit, loya
|
4.
|
Hilang selera makan
|
5.
|
Sukar untuk tidur
|
6.
|
Letih, tidak bermaya
|
7.
|
Kemurungan
|
8.
|
Bimbang yang keterlaluan,
putus harapan
|
9.
|
Fikiran bercelaru
|
10.
|
Cepat marah
|
11.
|
Panik, takut gagal
|
12.
|
Hubungan tidak baik dengan
rakan
|
13.
|
Sering mengelamun
|
14.
|
Hilang tumpuan
|
15.
|
Gelisah
|
16.
|
Sedih
|
17.
|
Mimpi ngeri
|
18.
|
Suka bersendirian
|
19.
|
Mudah menangis
|
20.
|
Tidak minat belajar
|
Persoalan Kajian 3 : Apakah langkah-langkah penyelesaian yang
diambil dalam menangani ketegangan yang wujud?
Langkah-langkah Menangani Ketegangan
Kajian ini
menyenaraikan 10 item yang dikenal pasti berkaitan langkah atau tindakan dalam
menangani ketegangan seperti dalam Jadual 10. Hasil analisis data menunjukkan
bahawa mendekatkan diri dengan Tuhan yang selalu digunakan oleh responden dalam
menangani ketegangan. Manakala tidur merupakan cara kedua yang selalu digunakan
oleh pelajar dalam mengendalikan perasaan tertekan atau tegang. Manakala item
yang ketiga tinggi ialah berfikiran positif . Berkongsi masalah dengan rakan
sebaya, makan dengan banyak, beriadah dan berkongsi masalah dengan keluarga
adalah langkah-langkah lain yang boleh dipraktikkan oleh pelajar dalam
menangani masalah ketegangan.Sealain itu, melepaskan perasaan secara lisan
seperti menjerit, menangis dan menyanyi, membeli belah dan berkongsi masalah
dengan guru juga adalah cara yang berkesan yang boleh pelajar amalkan.
Jadual 10 : Langkah-langkah Menangani
Ketegangan
Item
|
Kenyataan
|
1.
|
Tidur
|
2.
|
Makan dengan banyak
|
3.
|
Mendekatkan diri dengan
Tuhan
|
4.
|
Membeli belah
|
5.
|
Melepaskan perasaan secara
lisan seperti menjerit, menangis, menyanyi
|
6.
|
Beriadah
|
7.
|
Berfikiran positif
|
8.
|
Berkongsi masalah dengan
rakan sebaya
|
9.
|
Berkongsi masalah dengan
keluarga
|
10.
|
Berkongsi masalah dengan
guru
|
5.Perbincangan dan Cadangan
Persoalan Kajian : Apakah punca ketegangan pelajar yang
dominan berdasarkan aspek-aspek akademik, peribadi (hubungan interpersonal) dan
persekitaran pembelajaran?
Punca
dan Tahap Ketegangan
Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa semua
pelajar tingkatan 6 atas menghadapi
ketegangan semasa berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. Ia
berdasarkan maklum balas yang diperolehi oleh pengkaji daripada responden
kajian. Berdasarkan soal selidik yang dibina, soalan berkaitan punca ketegangan
pelajar telah dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu faktor akademik
(pembelajaran), peribadi (hubungan interpersonal) dan persekitaran
pembelajaran. Punca ketegangan yang paling dominan ialah disebabkan oleh faktor
peribadi dan diikuti faktor persekitaran, di mana faktor ini memperolehi nilai
skor min yang paling tinggi jika dibandingkan dengan faktor akademik atau
pembelajaran. Dapatan kajian ini bersesuaian dengan pendapat Ross, et al. (1999)
dalam kajiannya yang menyatakan faktor hubungan interpersonal adalah penyebab
utama ketegangan yang kerap kali berlaku dalam kalangan pelajar.
Di sini dapat disimpulkan bahawa faktor
peribadi dan persekitaran pembelajaran merupakan punca utama yang menyebabkan
berlakunya ketegangan dalam kalangan pelajar.Hasil dapatan kajian yang telah dilakukan,
menunjukkan tahap ketegangan pelajar adalah berada pada tahap sederhana. Ini
menunjukkan masalah ketegangan dalam kalangan pelajar masih di peringkat yang
terkawal dan segala cabaran yang dilalui dapat ditempuhi dengan baik dan
menghasilkan prestasi yang memuaskan. Dan ini mungkin juga disebabkan
berlakunya peningkatan pengetahuan dan kesedaran pelajar terhadap ketegangan serta
pengalaman belajar kemungkinan membantu tahap ketegangan yang sederhana.
Dapatan analisis
demografi yang dilakukan boleh menyokong dapatan analisis kajian terhadap tahap
kategangan pelajar berada di peringkat sederhana, di mana pelajar yang
mengikuti pengajian di sini adalah disebabkan minat yang begitu mendalam
terhadap subjek yang diambil. Ia disebabkan mereka telah mempelajari
subjek-subjek ini ketika belajar di peringkat SPM dan subjek yang dipilih ini
dicadangkan oleh guru atau cikgu yang amat mereka hormati.Responden kajian juga
yakin akan menamatkan pengajian ini dengan jayanya kerana mereka mempunyai
pengetahuan yang tinggi dan maklumat yang tepat berkaitan dengan subjek yang
dipelajari dan mereka hanya mengalami ketegangan hanya kadang-kadang sahaja
kerana pengajian yang dilalui tidak begitu memberi tekanan kepada mereka dan
pengalaman sebagai senior.
Ketegangan Dalam Faktor Akademik
Ketegangan responden kajian pada
keseluruhannya berkaitan dengan faktor akademik atau pembelajaran semasa tempoh
pengajian di SMKK adalah berada pada tahap sederhan. Faktor utama yang
menyumbang kepada ketegangan pelajar disebabkan jadual peperiksaan yang terlalu
padat dan terlalu banyak bab yang perlu diulang kaji untuk menghadapi kuiz,
ujian atau peperiksaan. Anderson dan Cole (1988) menyatakan faktor yang paling
memberi ketegangan kepada pelajar ialah peperiksaan akhir. Ini mungkin
disebabkan pelajar tidak sempat membuat ulang kaji berkaitan sukatan pelajaran
untuk topik yang akan keluar dalam peperiksaan. Masa yang terhad untuk mengulang
kaji juga mempengaruhi ketegangan pelajar kerana tempoh masa antara satu subjek
dengan subjek yang lain terlalu dekat dan padat. Keadaan ini bersesuaian dengan
kajian Atkinson (1998), di mana beban kerja yang terlalu banyak dalam masa yang
singkat juga boleh mengakibatkan ketegangan berlaku. Savage (2000) menyatakan
persediaan adalah penting untuk menghadapi sesuatu situasi sama ada dalam
pembelajaran ataupun kehidupan seharian. Ini bertujuan untuk mengelakkan
seseorang pelajar itu akan mengalami ketegangan.
Faktor Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM)
yang disediakan oleh guru tidak berfungsi dengan baik tidak memberi kesan yang
banyak kepada ketegangan pelajar kerana masih terdapat pelbagai bentuk gaya
pengajaran yang boleh dilakukan oleh guru untuk menyampaikan pengajarannya.
Penggunaan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu seseorang mengetahui
dan memahami pengetahuan dan kemahiran dalam proses pembelajaran. Gaya
pembelajaran yang dimiliki juga dapat membantu seseorang untuk mengenal pasti
situasi pembelajaran dan mempertingkatkan prestasi pembelajaran (Dunn dan
Stevenson 1997).
Faktor lain yang menyebabkan berlaku
ketegangan dalam kehidupan pelajar sepanjang bergelar pelajar ialah kaedah
pengajaran guru yang membosankan seperti tidak mempelbagaikan kaedah
pembelajaran, dan keadaan ini menyebabkan pelajar tidak memahami pengajaran
yang disampaikan oleh guru. Menurut Rahil (1997), menyatakan terdapat pelbagai
kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam kelas untuk menjadikan suasana
P & P lebih ceria dan bersemangat.Ketegangan juga wujud apabila pelajar
tidak dapat mengaitkan di antara teori dengan amali kerana kadang-kadang
tugasan atau kerja yang diberikan mencabar kebolehan pelajar. Setengah-setengah
pelajar berpendapat mereka berasa tegang apabila terpaksa mempelajari sesuatu
subjek yang bukan minat mereka. Di tambah lagi dengan kemudahan pembelajaran
yang tidak lengkap seperti buku rujukan di perpustakaan kurang, kemudahan
internet perlahan dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga tidak mendapat
bantuan daripada guru dan rakan sebaya untuk menyelesaikan masalah yang
berkaitan tugasan yang tidak difahami.
Pelajar perlu menyelesaikan semua
keraguan yang dihadapi semasa proses pembelajaran, dengan ini mereka barulah
boleh menyelesaikan masalah belajar dan memperoleh keputusan cemerlang. Pelajar
juga perlu mencari bahan rujukan tambahan di perpustakaan untuk menambahkan
kefahaman mereka dalam sesuatu mata pelajaran. Menurut Abdul Ghani (1996),
selepas sesuatu pembelajaran, pelajar perlulah mencari bahan rujukan yang
berkaitan. Dengan adanya maklumat tambahan, pelajar akan lebih memahami bahan
yang mereka mempelajari. Selain itu, pelajar juga perlu mencari maklumat
tambahan untuk membuat tugasan yang diberi oleh guru. Pelajar tidak boleh hanya
bergantung kepada modul atau nota yang diberi oleh guru semasa belajar. Dengan
adanya pengetahuan tambahan, pelajar akan lebih berkeyakinan dan
berpengetahuan.
Ketegangan
Dalam Faktor Peribadi
Ketegangan responden pada keseluruhannya
berkaitan dengan faktor peribadi atau hubungan interpersonal semasa tempoh
pengajian di SMKK adalah pada tahap sederhana. Faktor utama yang menyumbang kepada
ketegangan pelajar disebabkan oleh faktor peribadi ialah menghadapi masalah
menguruskan masa dan kebimbangan tentang masa depan. Ini mungkin disebabkan
pelajar terlalu memikirkan untuk melaksanakan semua perkara dalam satu masa
sehingga tidak bijak menguruskan masa dengan baik dan mencampuradukkan masalah
peribadi dengan pelajaran. Hatta Saidi (2002) menyatakan pengurusan masa yang
betul dapat mengelakkan seseorang daripada mengalami ketegangan, maka mereka
perlu menyediakan jadual harian untuk memastikan mereka tidak membuang masa
dengan begitu saja. Pengurusan masa yang bijak akan mengelakkan pelajar berasa
tertekan dalam menempuhi hidup sebagai seorang pelajar.
Persaingan kerjaya yang semakin sengit
pada masa kini serta kriteria pengambilan pekerja yang ditetapkan oleh syarikat
pekerjaan secara tidak langsung sedikit sebanyak telah memberikan tekanan
kepada pelajar. Di tambah lagi dengan isu yang sedang hangat sekarang adalah di
mana terdapat ramai graduan lepasan IPT yang mengganggur pada masa kini
walaupun mereka mempunyai diploma atau ijazah. Keadaan ini amat membimbangkan
pelajar yang akan menyambung pengajian mereka di IPT kerana kekurangan maklumat
berkaitan kerjaya yang akan diceburi nanti. Amir (1983), menyatakan bahawa
pelajar yang mempunyai maklumat kerjaya yang jelas akan dapat mencapai
kecemerlangan dan keterampilan dalam bidang kerjaya yang diceburi kelak.
Justeru, pelajar akan berasa tertekan sekiranya tidak mempunyai persediaan
kerjaya yang bersifat komprehensif.
Kajian Ross, et al. (1999)
sependapat dengan kajian ini kerana beliau juga mendapati faktor interpersonal
sebagai punca utama ketegangan pelajar. Tetapi dapatan kajian ini bertentangan
dengan kajian Anderson dan Cole (1988) di mana faktor akademik dilihat sebagai
penyebab utama ketegangan. Punca ketegangan paling rendah dalam faktor peribadi
ialah tidak mempunyai teman belajar. Ini mungkin langsung tidak mengundang
ketegangan pelajar kerana ada setengah-setengah pelajar lebih suka belajar
secara bersendirian berbanding belajar bersama-sama kawan. Terdapat individu
yang lebih suka belajar bersendirian dan tidak mahu gangguan sewaktu mereka
belajar. Mereka lebih selesa bersendirian berbanding belajar bersama rakan
sebaya kerana kurang gemar membuang masa untuk bercakap sesama rakan
menyebabkan tidak dapat menumpukan terhadap pelajaran (Dunn and Stevenson,
1997).
Faktor lain yang mempengaruhi ketegangan
pelajar adalah disebabkan faktor peribadi ini ialah kerana kesibukan dengan
pelajaran dan kesuntukan masa untuk bersama orang tersayang. Seperti yang kita
maklum,pelajar akan berasa sunyi jika tidak berdampingan dengan orang tersayang
terutama keluarga.Selain itu, faktor harapan keluarga juga mengundang
ketegangan kepada pelajar kerana mereka
terpaksa melakukan sesuatu perkara dengan lebih cemerlang dan berjaya untuk
tidak mengecewakan keluarga. Masalah kewangan hanya melibatkan ketegangan
sederhana sahaja kerana responden menerima biasiswa untuk membiayai pelajaran
mereka. Konflik dengan rakan serta guru juga faktor yang menyebabkan ketegangan
kepada pelajar kerana mereka menghadapi tekanan dan desakan dari rakan dan guru.
Menurut kajian Mastura, et al. (2007), beliau menyatakan faktor
interpersonal yang melibatkan hubungan dengan rakan sebaya, dan guru menunjukkan
lebih banyak menyumbang kepada ketegangan pelajar. Ini berkemungkinan
disebabkan oleh kehidupan seharian lebih banyak tertumpu bersama mereka.
Ketegangan
Dalam Faktor Persekitaran Pembelajaran
Ketegangan responden kajian pada keseluruhannya
berkaitan dengan faktor persekitaran pembelajaran semasa tempoh pengajian di
SMKK adalah pada tahap sederhana. Faktor utama yang menyumbang kepada
ketegangan pelajar disebabkan pencemaran bunyi, udara dan air di sekitar tempat
belajar dan masalah pengangkutan untuk ke sekolah . Seperti pencemaran bunyi, ia akan mengganggu pelajar dan
menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam
pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh Ibrahim (1995) mendapati bahawa
antara faktor pelajar kurang minat terhadap sesuatu pelajaran disebabkan oleh
persekitaran yang tidak menyenangkan. Persekitaran yang bising boleh mengganggu
proses pembelajaran pelajar.
Persekitaran pembelajaran pelajar menjadi
tidak selesa disebabkan pencemaran dan keadaan sekeliling yang tidak selesa,
tambahan lagi pelajar lebih mudah diserang penyakit jika terlalu terdedah
dengan pencemaran. Pencemaran ini juga boleh mengundang kesan yang tidak baik
kepada kesihatan pelajar. Maklumat kajian ini sependapat dengan kajian yang
telah dilakukan oleh Hatta Saidi (2002), di mana beliau menekankan bahawa
faktor kesihatan amat penting bagi seseorang untuk memastikan mereka dapat
menjalankan kehidupan seharian sebagai pelajar dengan baik dan selesa. Ini
kerana, jika mereka mengalami kesakitan, ia akan menjejaskan rutin harian
sebagai pelajar dan akan menyebabkan mereka merasa tertekan.
Dapatan kajian ini bersesuaian dengan
kajian Riggio (2003) yang menekankan bahawa faktor persekitaran sesebuah
organisasi boleh mendatangkan masalah ketegangan kepada individu. Dapatan
kajian ini turut sependapat dengan Ooi Yoon Phaik (2002) yang mana, dapatan
kajiannya terhadap pelajar menunjukkan
bahawa faktor persekitaran merupakan penyumbang utama ketegangan pelajar
berbanding faktor akademik, kewangan, keluarga, sosial dan interpersonal.
Masalah pengangkutan untuk ke sekolah juga menyumbang kepada masalah ketegangan pelajar. Keadaan ini
juga dirasai oleh pengkaji yang sentiasa mempunyai masalah pengangkutan untuk ke
sekolah. Kelewatan tiba di sekolah sedikit sebanyak mendatang ketegangan kepada
pelajar yang tidak mempunyai
pengangkutan sendiri. Ini kerana jarak rumah dengan sekolah jauh. Oleh itu
pengangkutan sistematik amat diperlukan. Manakala punca ketegangan paling
rendah dalam faktor persekitaran ialah makanan yang disediakan oleh pihak
kantin tidak memenuhi selera. Faktor ini berada pada tahap sederhana kerana
tidak mengundang ketegangan yang keterlaluan kepada pelajar kerana di
sekeliling kawasan belajar terdapat banyak kedai makan dan pelajar boleh
membuat pilihan mengikut kesesuaian. Menurut Neville (2006), gaya pemakanan
yang seimbang dan berkhasiat boleh membantu mengawal tahap ketegangan seseorang
individu tetapi hendaklah disertai dengan aktiviti riadah yang teratur.
Faktor
persekitaran pembelajaran lain yang menyumbang ketegangan kepada pelajar ialah
keadaan kelas yang tidak selesa dan teratur serta bilangan pelajar di dalam
kelas terlalu ramai.Keadaan di dalam kelas yang tidak selesa seperti bising,
terlalu ramai bilangan pelajar dan kotor, sedikit sebanyak mengundang
ketegangan kepada pelajar, tambahan lagi peraturan yang ketat menyekat
kebebasan pelajar untuk melakukan sesuatu. Pendapat ini bersesuaian dengan
kenyataan Shamsul (2002), di mana suasana belajar yang tidak memuaskan akan
memberi ketegangan kepada pelajar kerana ia boleh menyebabkan proses pengajaran
dan pembelajaran terganggu. Berdasarkan pendapat Kaplan (1983) yang menyatakan
bahawa ketegangan wujud akibat daripada kegagalan individu menyesuaikan diri
dengan persekitaran. Tuntutan persekitaran yang melampaui keupayaan individu
dan kegagalan individu menyesuaikan tuntutan tersebut akan menyebabkan individu
rasa tidak puas hati dalam memenuhi keperluannya sendiri. Seterusnya, ia akan
menyebabkan individu mengalami ketegangan.
Cadangan
1.
Bagi
pihak pelajar, mereka perlulah mempunyai kemahiran menguruskan ketegangan
secara berkesan di sekolah. Program berkaitan kemahiran pengurusan ketegangan
anjuran peringkat sekolah,kelas,Pusat Kaunseling, persatuan, kelab dan sebagainya
perlulah direbut peluang oleh setiap pelajar dengan mengamalkan sikap proaktif.
Terdapatnya pengurangan simptom-simptom psikosomatik dan peningkatan kesihatan
mental selepas menghadiri 10 minggu kursus pengurusan ketegangan (Shellenberger
et al., 1986). Manakala, program intervensi yang lain seperti modifikasi
tingkah laku, kemahiran belajar, komunikasi berkesan dan pengurusan masa juga
amat membantu dalam meningkatkan kemahiran menguruskan masalah ketegangan dalam
kalangan pelajar sekolah.
2. Peranan
guru sebagai pembimbing atau Penasihat Akademik amat signifikan dalam usaha
membantu mengenalpasti pelajar yang mengalami ketegangan,terutama pelajar yang
mempunyai pencapaian akademik kurang memuaskan. Pertemuan secara berterusan
dari semasa ke semasa amat membantu dalam mengurangkan tahap ketegangan pelajar.
Justeru, bimbingan dan nasihat yang diberikan bukan sahaja tertumpu kepada masalah
akademik semata-mata, bahkan isu-isu semasa lain yang sering dihadapi oleh pelajar
seperti kerjaya, sosial, persekitaran dan sebagainya juga perlu diberi
perhatian sepenuhnya.
3. Oleh kerana dapatan kajian ini terhad
hanya ke atas pelajar tingkatan 6 atas maka ianya tidak boleh digeneralisasikan
kepada pelajar-pelajar yang lain. Tambahan pula, mereka terdiri daripada pelbagai latar
belakang yang berbeza. Oleh itu, pengkaji mencadangkan kajian lanjutan boleh dilakukan
dengan menambahkan bilangan responden yang lebih meluas bagi subjek yang
diambil mengikut tahun pengajian pelajar.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, hasil kajian ini
mendapati bahawa pelajar merupakan golongan yang
mudah
terdedah kepada ketegangan dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan mereka
di
sekolah.
Walaupun tahap ketegangan dalam kalangan responden dalam kajian ini adalah
sederhana,namun usaha-usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak di sekolah bagi
memastikan tahap ketegangan pelajar adalah terkawal serta mampu menguruskan
pembelajaran di sekolah secara efektif. Kajian ini juga telah menentukan faktor-faktor
utama penyebab ketegangan dalam kalangan pelajar serta strategi yang biasanya
digunakan oleh mereka apabila berhadapan dengan masalah ketegangan. Oleh kerana
pelajar merupakan aset paling berharga di sekolah, maka faktor penyebab
ketegangan dan kesannya kepada mereka haruslah diberi perhatian secara komprehensif
oleh pelbagai pihak di sekolah bagi memastikan kecemerlangan pelajar dalam pelbagai
aspek seperti mental, emosi, kerohanian dan fizikal tercapai agar ianya selari
dengan
hasrat
sekolah.
Rujukan
:
Amir
Awang, (1983). Memilih Pekerjaan. Dewan Masyarakat. 21(12): 4-7. Kuala
Lumpur:
Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Anderson,
E.D. and Cole, B., (1988). Stress Factors to Reported Academic Performance and
Burnout.
Journal of Education. 108: 497-504.
Atkinson, J.M.,
(1988). Coping With Stress At Work. England: Thorsons Publishers
Limited.
Awang Had
Salleh, (1986). Ke Arah Pencapaian Akademik Yang Cemerlang Di kalangan
Pelajar
Bumiputera Melalui Kaunseling. Kertas Kerja Seminar
Ke-2 Kaunseling. Pulau
Pinang : USM.
Campbell, R.L.
and Svenson, L.W., (1992). Perceived Level of Stress Among University
Undergraduate
Students in Edmonton, Canada. Perceptual & Motor Skills. 75:
552-554.
Chai Ming Sing,
Mohamed Fadzil Che Din dan Lily Mastura Hj. Harun, (2004). Level of
Psychological
Stress Among College Students in Malaysia. Kertas Kerja
Seminar
Kaunseling: UUM.
Dunkley, D.M.,
Zuroff, D.C. and Blankstein, K.R., (2003). Self-critical Perfectionism and
Daily Effect:
Dispositional and Situational Influences on Stress and Coping. Journal of
Personality and
Social Psychology. 84: 234 – 260.
Ellis, A.,
(2002). Overcoming Resistance: A Rational Emotive Behavior Therapy
Integrated
Approach.
2nd edition. Springer Publishing Company.
Lessard, J.J.,
(1998). Adolescent Stress an Workload: From Bamboo Seed to Flying. Guidance
& Counseling.
14: 15-19.
Jurnal
Kemanusiaan bil.9, Jun 2007
Misra, R. and
McKean, M., (2000). College Students Academic Stress and Its Relationship to
Their Anxiety,
Time Management and Leisure Satisfaction. American Journal of Health
Studies. 16:
41-52.
Mohd. Majid
Konting, (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan
Pustaka.
Myrick, R.D. and
Bowman, R.P., (1981). Becoming A Friendly Helper: A Handbook
forStudent
Facilitators. Educ. Media Corp., Minnesota.
Neville, K.,
(2006). Nutritional Boost for Medical Stress. Environmental Nutrition.
29(11): 6.
Nowak, Marie, S.
(1999). The Relationship Between A.D.N. and P.N. Students’ Perceived
Level and
Sources of Stress. Eastern Michigan University : Dissertation.
Ooi Yoon Phaik,
(2002). Stress and Anxiety Among Engineering Students and Non-
Engineering
Students at UTM. UTM : Tesis Sarjana.
Romas, J.A. and
Sharma, M., (2004). Practical Stress Management: A Comprehensive
Workbook for
Managing Health and Promoting Health. 3rd edition. Pearson
: Benjamin
Cummings.
Riggio, E.R.,
(2003). Introduction to Industrial/Organizational Psychology. 4th
edition.
Prentice-Hall,
New Jersey.
Romano, J.L.,
(1992). Psychoeducational Interventions for Stress Management & Well Being.
Journal of
Counseling & Development. 71: 199-202.
Ross, S.E.,
Neibling, B.C. and Heckert, T.M., (1999). Sources of Stress Among College
Students. College
Student Journal. http://www.findarticle.
Rowntree, D.
(1981). Statistics Without Tears: A Primer for Non-Mathematicians.
Penguin.
Shellenberger,
R., Turner, J., Greeh, J. and Gooney, J.B., (1986). Health Changes: A
Biofeedback and
Stress Management Program. Clinical Biofeedback and Health. 9: 23-
24.
Towbes, L.C. and
Cohen, L.H., (1996). Chronic Stress in the Lives of College Students: Scale
Development and
Perspective Prediction of Distress. Journal of Youth & Adolescence.
25: 199-217.
Tuckman, B.W.,
(1978). Conducting Educational Research. 2nd. Edition. USA: Harcourt
Brace
Jovanoich.Inc.
Walton, R.L.,
(2002). A Comparison of Perceived Stress Levels and Coping Styles of Junior
and Senior
Students in Nursing and Social Work Programs. Marshall University:
Dissertation.
Wright, J.J.,
(1967). Reported Personal Stress Sources and Adjustment of Entering Freshmen.
Journal of
Counseling Psychology. 14(4): 371-373.
No comments:
Post a Comment